Monday 20 June 2011

Bertindak Segera Menghalang Perhimpunan Bersih

Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu bertindak segera bagi menyekat perhimpunan haram pada 9Julai ini kerana ia boleh mencetuskan keselamatan negara dan boleh menjejaskan ekonomi rakyat.

Kelewatan bertindak oleh pihak keselamatan bagi menangani isu ini akan memperlihatkan kelemahan pentabdiran kerajaan terutama kepada menterinya yang sentiasa mengeluarkan arahan tanpa tindakan.

Negara kita mempunyai undang-undang, oleh itu KDN haruslah menggunakan undang-undang yang sedia ada bagi mengawal keadaan serta memberi keyakinan kepada rakyat bahawa mereka sentiasa selamat. KDN harus mengambil tindakan segera kepada dalang-dalang yang merancang perhimpunan haram ini. Jangan apabila sudah berlaku kekacauan baru kita mahu bertindak.
 
Rakyat semua sudah tahu siapa dalang yang merancang perhimpunan haram ini maka apa lagi yang ditunggu oleh pihak berkuasa, apakah dengan memberi amaran kepada golongan ini mereka akan patuh dan membatalkan apa yang telah mereka rancangkan.

Kepada pihak berkuasa jangan tunggu lagi bertindak segera.

Janji Tau..............